SpeedCrunch ialah kalkulator saintifik yang pantas dan berketepatan tinggi. Ia menampilkan paparan boleh tatal dengan penyerlahan sintaks dan direka untuk digunakan sepenuhnya melalui papan kekunci.
Ia merangkumi banyak fungsi matematik terbina dalam dan menyokong ciri lanjutan seperti fungsi ditakrif pengguna, nombor kompleks dan penukaran unit. Semua ini digabungkan dengan antara muka pengguna yang ringkas tetapi berkuasa yang menawarkan pratonton hasil serta-merta, penyerlahan sintaks dan pelengkapan automatik.
SpeedCrunch tersedia untuk beberapa platform dalam pelbagai bahasa.