Quadrapassel ialah satu permainan alternatif blok-jatuh Rusia klasik. Letak semula dan putar blok-blok bila ia jatuh, dan cuba mengisi ia jadi satu bersama-sama. Setelah anda membentuk baris mengufuk blok yang lengkap, baris tersebut akan hilang dan anda mendapat mata. Permainan tamat sekiranya blok-blok ditindan terlalu tinggi. Bila skor anda semakin tinggi, aras permainan anda bertambah dan blok-blok jatuh lebih pantas.
Jika anda mahukan cabaran, Quadrapassel boleh ditingkatkan kelajuan awal bloknya, atau mulakan permainan dengan ada beberapa blok dalam beberapa baris. Atau, biarkan blok-blok jatuh secara rawak, blok-blok yang terpilih lebih sukar untuk anda letakkan.